15 April, 2011

Stupid Liar

Welcome back (how you doin' ladies) 

I'm so stupid, I'm so stupid.....  I'm so stupid in love 
How could you be so? How could you be so? 
I can't believe you (I hate everything about boys) 
You throw me away, now if you come to me like this I'll cave in again 

Today, you say you're not feeling well. 
You're busy because you put off your assignments 
Can't you just meet your friends 
for a brief cozy get together to have a cup of tea? 
While it hurts me to do this, 
I try to appear girly again   
I pretended I don't know. 
Why do you keep repeating the same pattern? 
When you open your mouth, you just spit out lies 
Your nose is extended like Pinocchio 

What are you true feelings, what am I to you? 
I can't just let it pass this time 
From Monday to Sunday, am I a choice? 
Baby don't lie to me oh 
Hey, I'm going crazy, I'm going crazy 
Look at the expression, as if you don't have a clue 
I'm getting tired now, I'm getting tired now
Let's stop meeting 
I know everything, baby I don't hate you 
I like you just the way you are but I'm   
I'm going crazy, I'm getting tired 
Liar liar stupid liar liar liar liar 

With your hidden smile who is your attention on? 
Every time you get like that I'm worried 
You become scary. 
Should I see my friends? I'm becoming anxious 

Let me tell ya 
If I could turn turn turn turn and go back 
If there were times I got angry. 
You've become tired of the things I've done to give you a hard time 
At any rate, love is a crime to each other 
We're all like children, blaming others for our pain 
    Hey, I'm going crazy, I'm going crazy 
Look at the expression, as if you don't have a clue 
I'm getting tired now, I'm getting tired now
Let's stop meeting

I know everything, baby I don't hate you 
I like you just the way you are but I'm   
I'm going crazy, I'm getting tired 
Liar liar stupid liar liar liar liar 

Behind your handsome face is another side of you. 
Now I've come to hate it too 
Can you not return to the person you were when we first meet? 
I'm so stupid. I'm so stupid. I'm so stupid. I am stupid. I'm so stupid stupid

I'm so stupid. I'm so stupid. I'm so stupid. (Oh no~) 

P/s: statement diatas x de kena mengena antara org y hidup mahupun y dh mati ye (astaghfirulallahalazim...) atau yg di culik, hilang pun xde kena ngan korang. Ini cuma adaptasi lirik dari Kump 'Big Bang' hot music terbaru mereka je. Nak tahu lebih lanjut layari la  http://www.youtube.com/watch?v=gORoxgJINJ0 
sekian
kaytief6 a.k.a R'niey... ~(^o^)~

25 March, 2011

jejaka-jejaka kacak!

1st My Precious a.k.a hubby 'Jang Keun Suk' 

2nd My Japanise Love Hiro Mizushima 
3) My Korean Love 2nd Hero 'Kim Jae Joong' 

3) My Kawaii Kim Hyun Joong

4) Mr Smart Jin Akanishi

5) My Naughty Boy ' Max TVXQ'

Ini je gambr2 yg dapt sy uploadkan utk show korg. Tpi sebenarnya bnyk lg, takut korg jealous plak nti, hehehe... Apa-apapun just enjoy it!!! wakakaka.... 
'tuk release tension je' 

24 March, 2011

Novel terbaru!

Tak sabar menantikan kemunculan novel terbaru!! Sorilah... tgh memerah otak jgk ni nk buat novel baru. Kadang-kadang idea datang bergolek dengan berlimpah-limpah ganda sampai tak sempat nak key in... Tut! Tut! Bila mula nak menaip terus idea hilang entah kemana terbang dibawa angin. Mungkin perlukan masa skit kot. Jadi kepada sesiapa yang tak senang duduk nak baca novel2 yang takdelah bertaraf mana ni... harap-harap bersabar la yea. Saya dalam pemprosesan membuat novel 'Tunggu Aku' bersiri 2. Dari mana dapat idea nie?? Saja aku nak sambung, kasi ending yang betul2 special skit.... Ape-apepun nantikanlah yea.. K. Adios!!!
ASsaLaMuaAlaikum w.b.t
'kaytie love ur all'

23 March, 2011

Apa Nak Jadi?

Dunia sentiasa berubah-ubah, begitu juga dengan manusia. Tak tahu mana satu jahat dan mana satu baek sebab muka masing-masing sudah bertopeng. Kadang-kadang seseorang yang baik pada kita tapi dibelakang adalah berlipat ganda jahatnya. Nak buat macamana ni?? Kita bukan boleh melihat isihati masing-masing. Macamana nak elakkan diri dari manusia jenis ini??? Penyelesaian masih belum diketemukan.

Apa yang diharapkan sentiasa berhati-hati seolah-olah 'berhati-hati' itu di jalan raya, bila-bila masa je boleh berlaku kemalangan. Kalau tersilap langkah je, boleh accident la.....

Entahlah.... aku sendiri pun tak pasti cara yang sebetulnya nak mengatasi orang yang macamana ni. Ramai member-member mengadu pada aku pasal hal-hal manusia yang spesis nie. Bagi aku manusia yang spesis ini mungkin mengalami masalah stress ke apa ke.... sehingga dirinya tak dapat dikawal menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri! Tapi semua orang ada masalah.. selagi ia boleh diselesaikan, selagi itu kita kena bertahan dimana tidak melibatkan orang lain dalam masalah kita. So... banyak-banyakkan bertawakal, minta petunjuk dari-Nya, sesungguhnya hanya Dia sahaja yang mampu menolong... ^o^  
kiasan dari 'Kaytie a.k.a. Rose'


20 February, 2011

Tunggu Aku!!

BAB 7

                   “D………saya tak sukakan awak. Awak cuma kawan saya. Lagipun, saya dah ada Saiful. Kan saya dah bagitau awak sebelum ni. Nampaknya awak tak ingat. Kita jadi kawan pun sebab awak selalu nasihatkan saya supaya jangan pernah putus asa untuk pikat hati Saiful. Sama macam awak yang tak pernah putus asa terhadap Ryna. Sekarang saya dah ada Saiful dan saya cintakan dia. D………awak sebenarnya sukakan Ryna. Sejak dari dulu lagi, semua orang dah tahu yang awak tak pernah berhenti cintakan dia. Cinta awak pada dia separuh mati.”
                  “Tapi itu dulu, masa saya tak hilang ingatan. Tapi sekarang hati saya dah berubah, Sal.”
                 “Saya tak percaya hati awak dah berubah. Mungkin betul awak dah tak ingat apa yang berlaku sebelum nie tapi betul ke awak  tak de rasa apa-apa pada Ryna lagi masa awak bersama dia….apa perasaan awak masa tuh? Awak tak boleh tipu diri awak sendri D..” D  terdiam.
                 “Jujur D. Adakah awak betul-betul dah lupakan Ryna??” Salmah beri  soalan yang menjerut.  D masih lagi membisu. 
                 “Hati awak tak pernah berubah D, saya tahu….. awak pernah cakap kat saya yang awak cinta Ryna sampai setiap kelahiran. Walaupun itu semua adalah mustahil tapi itulah diri awak yang dulu D. Dan sekarang awak kata hati awak dah berubah, kalau betul hati awak dah berubah, awak bukan D yang saya kenal dulu.” D termenung. Fikirannya mulai kusut.
                 “Saya bingung Sal. Kehidupan saya sekarang penuh dengan kebosanan. Setiap kali saya bersama Ryna, saya membenci diri saya bila Ryna ceritakan saat-saat indah manakala saya pulak dah tak ingat semua tuh. Saya betul-betul tension! Saya nak saat-saat tu semula Sal. Kenapa sukar bagi saya mengingatinya!” D berkata lemah. Sal memegang bahu D.
                 “Dulu awak berusaha sedaya upaya untuk dapatkan Ryna, jadi tak salah kalau awak berusaha sedaya upaya untuk dapatkan kenangan-kenangan tu balik.” Kata Salmah memberi kata semangat. “Dahlah, kuatkan semangat. Ryna tentu sedih kalu tengok awak camnie. Eh……awak tak pergi hantar Ryna ke airport ke? Bukan ke Ryna akan ikut papanya transfer ke UK. Dengar khabar katanya Ryna mungkin akan sambung pelajaran kat sana dan takkan balik lagi.  Rasanya flight dia pukul 10.00 malam nie kan. Sekarang dah pukul 9.30.”
                “UK??” Riak muka D terperanjat.
                “Err…….awak tak tahu ke?” Salmah juga terperanjat. Dia ingatkan D dah tahu. D mula teringat………
                 “D……….malam nie I akan…….,” D teringat akan kata-kata Ryna tadi. Lantas D terus berkejar ke airport.
                 Di airport, mata D melilau-lilau sekitarnya. Kelibat Ryna langsung tak kelihatan dek dilindungi oleh orang ramai. Flight pukul 10 menunjukkan 5 minit lagi akan berlepas. D memandang sekelilingnya, pantas matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang beratur dibalai berlepas. Ryna! Memang sah Ryna!! D terus berlari ke arahnya.
                 “Ryna!!” Panggil D. Ryna yang sedang asyik termenung terdengar ada orang memanggilnya. Ryna berpaling. Sepantas kilat D memeluk Ryna. Ryna terkejut dan kaku dengan perbuatan D itu.
                  “D??”
                  “Kenapa tak cakap you nak pergi?” Tanya D. Ryna tersentak. Ryna menghuraikan pelukan.
                 “You nie……….. kan I dah cakap I nak pergi, tapi you je yang tak dengar.”
                  “Tapi kenapa you nak pergi?”
                  “I pergi ikut papa I outstation lah sambil tuh sambung belajar sekali. Bukan pergi manapun.”
                      “Tapi kenapa sampai ke UK.”
                      “I dapat tawaran belajar kat sana, kebetulan plak papa I pun outstation kat sana jugak. Jadi I setuju lah. Hei……..you ni kenapa …..takkan tak suka I pergi UK. Gembiralah skit, I akan ke UK tau!” Ryna mengukir senyuman. Kedengaran waktu penerbangan diumumkan. 
                     “Klah D , I kena pergi sekarang. Jaga diri you baik-baik. Sal, seorang perempuan yang baik, you jagalah dia baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Ok……bye….jumpa lagi!” Ryna melangkah ke balai berlepas.
                     “Nanti………..jangan pergi Ryna!” kaki Ryna terhenti.
                     “Walaupun I dah lupa semua yang berlaku di antara kita berdua tapi cinta I terhadap you tak pernah berubah. I cuba untuk lupakan you, tapi tetap tak boleh. I menerima Salmah sebab I tak sanggup berdepan dengan you kerana I langsung tak de memori tentang kenangan kita berdua lagi. I benci dengan diri I sendiri Ryna. Tapi pada masa yang sama cinta I pada you semakin sukar nak dilupakan. Tapi sekarang I akan berusaha mengingati balik semua kenangan tu, tapi tolonglah Ryna, please be in my side…..i need you!!” Ryna menghampiri D.
                    “Bodoh! Kenapa panjang sangat ucapan you. I memang sentiasa akan berada disisi you selagi you mahu I berada di samping you.” D pantas tersenyum lalu memeluk Ryna.
                    “I love you……Ryna. I janji akan cuba ingat balik semua kenangan-kenangan kita bersama.”
                    “Tak payahlah you susah-susah lagi nak ingat semua itu D. Mulai sekarang, kita akan bina kenangan baru bersama!!” D dan Ryna saling tersenyum. Dengan ini, moga awan-awan akan sentiasa cerah seperti mana cinta kami berdua yang berkekalan sehingga tiada lagi kehadiran pihak ketiga.  


                            THE END.... 
written by aini rose a.k.a kaytie  20/02/11 @ 1am  

16 February, 2011

Tunggu Aku!!

BAB 6

             Peperiksaan SPM sudah pun selesai berlangsung. Semua pelajar bersorakan tanda mencapai kemerdekaan.
                      “Camne Ryna?” Tanya Zee.
                      “Sebijik macam aku ulangkaji,”Ryna ketawa girang.
                      “Bestlah kau, aku agaknya kantoilah." 
                      “Tak mungkinlah, kau pun apa kurang hebatnya, jangan risaulah. Apa yang penting sekarang ialah kita…enjoy!!” Ryna bersorak. Tapi langkah mereka terhenti apabila melihat D bersama-sama dengan seorang perempuan. Salmah! Mereka kelihatan asyik gelak ketawa. Timbul satu perasaan yang tak enak dalam diri Ryna. Jealous ke!!
                      D kelihatan rancak berbual sehingga tak sedar kehadiran Ryna dan Zee.
                      “Hai……gembira nampak, apa cerita?” Tegur Zee.
                      “Tak de apa-apalah. Cuma bual kosong je……,”beritahu Salmah. “Okeylah D, I pergi dulu. Bye! Bye Ryna…..Zee,”Salmah pergi dari situ.
                      “So camne exam?” Tanya D.
                      “Boleh tahanlah, Ryna lagi best dapat jawab semua.”
                      “Tak delah, kebetulan je,”ujarku perlahan.
                      “Baguslah macam tu.”ujar D. Suasana sunyi seketika. Zee memandang D dan Ryna dan mengerti keadaan sebenarnya. Beri peluang kat diaorang.
                      “Klah, aku cau dulu, nak pi jumpa Zam jap, bye,”Zee berundur. Sebelum itu, sempat lagi Zee berkata sesuatu padaku. “Best of luck!!” Zee mengenyitkan matanya padaku. Aku mengerutkan kening.
                Setelah Zee pergi, D mula mengatur bicara.
                     “Ryna, jom naik atas bangunan, saya ada sesuatu nak beritahu awak.”
                     “Ermm….baiklah!”Ryna hairan tapi dia akur saja.

                     Di atas bangunan…….

                     Ryna dan D masing-masing berdiri di tepi bangunan sambil menghirup udara segar.
                     “Seronokkan atas nie!” ucap D. Ryna hanya mengangguk. D seorang saja berbicara. “……….dia memang cantik. Lembut……sopan santun, baik…..pun baik jugak orangnya,” kata-kata itu keluar dari mulut D. Ryna pelik. Dia? Dia tu siapa?
                     “Ryna……apa pendapat awak tentang Salmah?” Salmah!! Pang….bak petir menyambar seluruh tubuhku. D suka Salmah? Hatiku bagai digilis kereta api. Apa dah jadi sebenarnya.
                     “Salmah!!” tubuh badan Ryna seolah-olah kaku.
                     “Ye….Salmah, awak rasa, orangnya macamana? Sesuai tak dengan I. I rasa I dah minat kat dialah,” kelu lidah Ryna untuk berkata. Cepat benar hati D berubah. Aku tak percaya.
                    “Salmah…..Salmah…..baik….you suka dia ke?” Ucap Ryna gagap. D tersenyum dan mengangguk.
                    “I rasa I dah jatuh cinta kat dia. Dia seorang gadis yang sempurna,”setiap baris kata-kata D semakin lama semakin membuat hatiku sakit.
                 “Senang sangat hati you berubah?”ucapku perlahan tapi dapat ditangkap oleh D.
                   “Ryna……I mintak maaf. Apa yang terjadi sebelum nie I tak tahu dan mungkin itu kesilapan besar yang pernah I buat. Tapi peristiwa nie jugaklah yang telah bukak mata I. lagipun you pun tak sukakan I kan Ryna?”
                  “Hah……err…..ermmm….apalah you nie D, cepat sangat percaya, sebenarnya I  tipu je tu… you tak pernah cintakan sape-sape pun sebelum ni, termasuk jugalah……I….Ryna. I hanya gadis biasa, tak mungkin you jatuh cinta dengan I.” nada suara Ryna mengendur. D tersenyum ceria.
                  “Betul ke Ryna. Oo….jadi selama nie you berlakon jelah! Tapi apa yang you dapat?” D menduga. Ryna cuba berlagak ceria.
                  “I dapat buat you ingat kembali, tapi ia dah tak menjadi sekarang. I mintak maaf D sebab tipu you.” Suara Ryna bergetar.
                   “Tak pe I tak kisah pun. Lagipun masih ada kebaikan untuk I. Ada sekali sekala tu kita mesti berbohong untuk kebaikan orang lain, betul tak.” Ujar D. Ryna cuba menahan rasa hatinya yang betul-betul sakit. Pengorbanannya selama ni sia-sia sahaja. Sudah dia  serahkan segala-galanya tapi sudah dipulangkan semula. Hatinya yang mula terbuka untuk  menerima D terpaksa menerima kehilangannya pula. Ryna menitiskan air mata.
                   “Ryna…..you menangis?” D perasan akan air mata Ryna yang mengalir.
                    “Hah! Err…..taklah. Ini air mata gembira. You dah sedikit berubah ye D. Dah pandai main kata-kata. I rasa pun kalu you simpan lama-lama perasaan tu pun tak guna juga sebab hari ni kan hari last sekolah.  Kita mungkin takkan jumpa lagi selepas ni. Jadi baik you luahkan perasaan you cepat dekat Salmah sebelum terlambat.” D mengukir senyuman tanda setuju.
                    “Baiklah terima kasih Ryna,” D terus berlari pergi.
                    “D…..malam nie I akan…….,”D pergi begitu saja tanpa mengucapkan selamat tinggal. Ryna akur. Sejak dari awal lagi dia menyedari akan sikap D yang telah berubah selepas daripada peristiwa tu. Tapi Ryna tetap berusaha untuk memikat hati D semula. Namun apakan daya…...  Inilah balasannya. Sekarang dia plak yang terperangkap dalam cinta.
                     “D…....i cuma nak cakap yang I menyesal sangat..…..menyesal.…….selamat tinggal….. Dean Farizal Mukhriz.”   


                     BERSAMBUNG...... 

15 February, 2011

Tunggu Aku!!

                BAB 5

                D membelek satu persatu gambar di dalam album yang dibawa olehku tadi. Sengaja aku bawak mana tau kot-kot dia bleh ingat skit-skit...  
                “Bukanlah! Ni Siti Fatimah Wan Jusoh, anak perempuan tuan pengetua sekolah kita! Tak ingat ke?" Ada ke cakap girlfriend dia! Ngomelku dalam hati. Ryna memuncungkan mulutnya macam mulut itik. Geramnya…    Tak pe! Sabar Ryna, sabar… Ryna tersenyum semula.
                D memerhati sekeliling biliknya. Banyak bunga ros di merata-rata tempat memenuhi ruang biliknya.
                “Kenapa ada banyak sangat bunga ros kat sini?” Hati Ryna kembali berbunga. Akhirnya perasan jugak dia! Ingatkan dah tak nak tanya sape yang bagi. Ryna dengan bangganya menjawab.
                “Kenapa? Awak suka?  Ada 100 kuntum semuanya,” Ryna tersengih sehingga menampakkan kesemua gigi.
                “Yang pemberi bunga nie pun satu, tak tahu ke nie bilik pesakit ngan taman bunga. Kalaulah doktor masuk sekalipun, keluar balik ingatkan salah bilik. Tuh! Bunga ros dah layu dah pun….wat pe simpan lagi buang-buang jelah. Menyemak je dalam bilik nie…..!!” Terasa gilerr Ryna. Susah payah Ryna habiskan duit saku, rela ikat perut semata-mata nak beli sekuntum bunga ros setiap hari. Dan sekarang hasilnya dibuang begitu saja!
                “Baiklah kat mana kita tadi……”Ujar D  sambung tengok gambar  semula. Tak mengapalah. Rasa kecewa tadi ditepis sejauh mungkin. Ryna kembali bersemangat. Don’t give up!!
                “Yang ni, ingat tak siapa?” Ryna menunjukkan kembali gambar yang diambil ketika mereka di tingkatan 3 sewaktu kelasnya membuat jamuan Hari Guru tahun lepas. Semua rakan sekelasnya ada dalam gambar tersebut. Gambar dia pun ada malah gambar dia paling comel dan cantik sekali. Cewah!! Sempat lagi puji diri sendiri.
                “Yang ni! Ingat tak siapa ni?” Ryna menekan sekali lagi apabila melihat D terkial-kial cuba mengenal pasti identiti gadis berambut kerinting di dalam gambar.
                “Hm…….kawan kita?”
                “Ha……yeala kawan kita! Tapi nama dia siapa?”
                “Err……saya tak ingat!” Ryna menepuk dahi, matanya dicerlang ke atas.
                “Berapa kali saya nak ulang!! Ni kan Salmah, penolong ketua pengawas! Awak tu ketua pengawas sekolah, dia kan penolong awak, mengadap muka dia 24 jam takkan tak cam lagi muka dia ni…… “ Ryna mengetuk-ngetuk dahinya ke meja kardiak hospital.
                D mengambil gambar tersebut dari tangan Ryna sambil menelitinya secara terperinci. Ntah kenapa tiba-tiba dia tersenyum. Berkerut dahi Ryna memerhatikan telatah D itu.
                “Apasal?” Tanya Ryna turut menjengul mukanya ke arah gambar tersebut yang sudah hampir konyok ditangan mereka berdua.
                “Ni awak!” ujar D tersenyum.
                “Ha…..yea la! Nilah saya! Perasan jugak awak yea.” Hehe…. hidung ku sedikit kembang. Cam jugak dia gambar aku yea.
                “Kenapa saya dalam gambar ni asyik tengok awak aje….” D tersengih.
                “Hah….. Tengok!” Ryna menyambar gambar tersebut.
                “Mana saya tahu, err…..sukar dijelaskan tapi biarlah saya jelaskan…. Macam ni sebenarnya……..,” Ryna berdehem.
                “……….oleh kerana saya terlalu comel dan merupakan gadis paling famous dalam kelas dan juga seluruh sekolah ni, jadi awak menyukai saya dan mencintai saya tapi saya tak cinta awak dan tak suka pun awak! Sebab…….. sebab……”Ryna menghentikan bicaranya apabila D tak terkelip memandangku.
                “Apasal pandang macam tu?”
                “Saya dengar awak bercakap.”ujar D menayangkan muka seposennya. Dan, wajahnya sungguh kacak bila aku pandang secara dekat. Live pulak tu. Kacak jugak. Macam mana aku boleh tak perasan ye…..hm, matanya yang coklat, bibirnya bagai delima merekah, kulitnya yang tak beberapa nak gelap dan  rambutnya hitam ikal…….erk……sedang memandang aku! Arghh…..control!! control!!
                “Ehem....Oleh itu awak frust sebab saya tak layan awak. Itulah kisahnya…..”Ryna mengakhiri dengan yakinnya.
                “Bermakna saya ni…..sukakan awak?” Tanya D macam orang bodoh.
                “Iyea…”angguk Ryna.
                “Jadi…..sekarang saya pun… menyukai awak?” Ryna tercengang.
                “Ntah, iya kot.” Ryna menggaru kepalanya. Ryna mengerling. Bila dia memandang D, kelihatan D sendiri pun bingung. Saat berpandangan, kedua-duanya tersenyum sendirian dan akhir sekali ketawa ntah apa-apa. Yang paling penting kedua insan tersebut berbeza dari waktu dahulu…… 
                BERSAMBUNG......