04 February, 2011

Tunggu Aku!!

BAB 3

                Di hospital......   
                “Tangan dan kakinya dah patah, banyak pendarahan pula pada bahagian otak. Peluangnya untuk hidup amat nipis. Terus terang saya katakan dia hanya mempunyai 50% sahaja untuk hidup. Sekarang hanya bergantung pada operation. Banyak-banyakkanlah bersabar cik.” Dr berlalu pergi. Bagaikan tsunami yang melanda seketika. Air mata Ryna tak henti-henti mengalir. Peristiwa buruk ini tak disangka akan terjadi. Gara-gara nak selamatkan dirinya, D telah menjadi mangsa.
                “Sekarang kau dah puas, Ryna. Kau memang nak sangat dia matikan. Tengok sekarang apa dah jadi, kau sukalah!” Marah Zee.
                “….walaupun kau adalah kawan aku, tapi tindakan kau sekarang nie, aku sangat tak bersetuju. Bukan ini caranya kau nak jauhkan diri dari dia.”
                “Aku tak sangka semua ini akan terjadi Zee.”
                “…..memanglah kau tak sangka, tapi itulah yang kau nak sebenarnya. Apa dosa dia pada kau Ryna sampai begitu sekali kau layan dia. Salah ke dia mencintai kau? Sehingga kau boleh bunuh dia,” aku tersentak.
                “Aku masih ada iman yang kuat lagi Zee.”
                “Hem…...aku cuba tuk percaya kau tapi dengan layanan kau selama nie pada dia, memang aku tak nafikan. Kalu kau masih ada lagi iman, tawakal jelah moga-moga doa kau termakbul nak lihat D mati!”  Zee pergi meninggalkan Ryna setelah puas bertengkar. 

                Operation dah berjalan 24 jam. Ryna mundar mandir di depan bilik operation.

                “Ya Allah….selamatkanlah D!!” Doa Ryna dalam hati. Tak lama kemudian, Dr. keluar dari bilik pembedahan.
                “Dr. macamana kawan saya doctor?”
                “Dalam banyak-banyak operation yang saya buat. Inilah kali pertama saya lihat pesakit yang mempunyai semangat yang kuat. Walaupun dia mengalami pendarahan yang banyak tetapi dia masih lagi dapat bertahan. Kebetulan pula, nasib dia baik kerana mendapat bekalan darah yang mencukupi sedangkan dia banyak kehilangan darah. Hem…..syukurlah pembedahan dia berjaya, sekarang dia dalam keadaan stabil. Janganlah cik risau lagi.” Terang Dr. panjang lebar. 

            ************************************************

                 Suasana di dalam bilik terapi sangat sunyi cuma kedengaran alat-alat, mesin yang merawat D. Ryna berdiri disamping D yang terbaring di atas katil. Keadaan D hanya bergantung pada mesin saja. Kepala D berbalut kerana mengalami pendarahan di kepala. Kalau lihat keadaannya sekarang memang teruk. Tidak percaya masih hidup. 
                “Ryna…..aku harap lepas nie, kau layanlah D baik-baik. Family D, tak dapat kitaorang contact. Butir-butir peribadi D pun tak berapa lengkap, rasanya D tak de saudara mara kot. Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik Ryna. Dia dah tak de sesiapa lagi di dunia nie.” Ryna teringat akan cerita dari Zee tadi. Barulah aku tahu yang D berasal daripada rumah anak yatim.  D cuma tinggal berseorangan di dunia nie. Tak de salah kalu aku jadi kawan atau temannya. Allah dah beri aku seorang teman yang baik, sanggup berkorban untuk aku. Kalau tak kerana D yang selamatkan aku, tentu aku yang akan terlantar di katil ni sekarang. 
                “D…… jujur saya katakan, saya memang tak cintakan awak dan saya tak boleh paksa diri saya untuk sukakan awak. Tapi saya akan cuba menerima awak sebagai teman istimewa. Awak adalah sahabat saya sampai bila-bila. Kalau awak dengar apa yang saya cakap nie, bangunlah!”Ucap Ryna. Tapi tiada respon dari D. Lantas, air mata mengalir keluar di pipi Ryna. Bangunlah…….bangunlah D….
                
                 Tiap-tiap hari, sebaik saja habis waktu sekolah, Ryna akan datang melawat D. Beberapa bulan telah berlalu, D masih tidak sedarkan diri dan Dr. telah mengesahkan D koma. Tapi Ryna tak pernah berputus asa memberi kata-kata semangat kepada D.
                “Selamat petang D. Awak macamana hari ni? Sihat? Saya pun sihat. Hari nie saya bawakan bunga untuk awak. Tengok! Saya bawa bunga ros. Bunga yang awak bagi saya dulu. Walaupun saya dah pijak. Tapi dengan tanda minta maaf, saya bagi awak setiap hari 1 kuntum camne?” Ryna seolah-olah menunggu jawapan dari D. Tapi D tetap tak de respon. Ryna tersenyum cuba menutup keresahannya.
                 “Saya harap 1 kuntum nie setiap hari awak dapat maafkan saya ye.......jadi awak kenalah bangun untuk tengok bunga-bunga nie. Kalau awak tido, camne awak nak nampak samaada saya tipu ke tak,”sambung Ryna lagi. Tapi keadaan masih lagi sunyi. Ryna seorang saja yang bercakap. Ryna merenung D di sisi. Air mata kembali merembes keluar. Ryna pantas mengesatnya. Aku harus semangat! Tak boleh putus asa.
                “Ryna…….,”tiba-tiba seseorang memegang bahu Ryna. Ryna tersentak melihat Zee. Tentu Zee dah memerhatikan setiap perbuatannya tadi.
                “Zee……mata aku masuk habuklah,”Ryna tersenyum ceria.

Di kafe, aku mengacau secawan kopi begitu juga dengan Zee.
                “Ryna, aku mintak maaf kerana sebelum nie ada sakitkan hati kau!”
                “Takdelah…..Zee, bila plak kau sakitkan hati aku.”
                “Ryna ……aku tahu, aku dah melampau. Sebenarnya aku dah salah faham terhadap kau. Sepatutnya aku percayakan kau, tak mungkin kau akan buat begitu pada D. Nampaknya aku dah silap!”
                “Perkara tuh dah lama berlaku, lupakanlah.”
                “Tak boleh Ryna, semua orang kata kau yang tolak D jatuh ke bawah. Sebab selama nie pun kau layan D, agak keterlaluan.”
                “Aku dah tak kisah apa yang diaorang cakap Zee. Lagipun aku memang tak salahkan diaorang, dah memang selama niepun aku sendiri yang layan D teruk dan tak mustahil diaorang tuduh aku camtu. Walaupun sebenci mana aku pada dia, tapi tak terlintas langsung di fikiran aku untuk bunuh dia.”
                “Maafkan aku, Ryna.”
                “Tak Zee, aku memang salah. Aku yang sebabkan D jatuh. Aku yang sebabkan D koma sekarang. Memang aku yang patut dipersalahkan,” mata Ryna redup menahan air mata. Ryna tunduk merenung air kopinya yang masih berbaki. Menyesal dah tak guna Ryna, D koma.

                “………kalaulah dulu aku terima D awal-awal, takkan jadi camne,”ujar Ryna perlahan tapi Zee dapat mendengarnya. 
                “Sabarlah Ryna, moga-moga D cepat sedar, kita sama-samalah berdoa.”
               
                 Kring! Kring! Telefon Ryna berbunyi.
                “Hello…..ye….saya……  Apa!! baiklah saya pergi sekarang,”telefon ditutup. 

bersambung.......