20 February, 2011

Tunggu Aku!!

BAB 7

                   “D………saya tak sukakan awak. Awak cuma kawan saya. Lagipun, saya dah ada Saiful. Kan saya dah bagitau awak sebelum ni. Nampaknya awak tak ingat. Kita jadi kawan pun sebab awak selalu nasihatkan saya supaya jangan pernah putus asa untuk pikat hati Saiful. Sama macam awak yang tak pernah putus asa terhadap Ryna. Sekarang saya dah ada Saiful dan saya cintakan dia. D………awak sebenarnya sukakan Ryna. Sejak dari dulu lagi, semua orang dah tahu yang awak tak pernah berhenti cintakan dia. Cinta awak pada dia separuh mati.”
                  “Tapi itu dulu, masa saya tak hilang ingatan. Tapi sekarang hati saya dah berubah, Sal.”
                 “Saya tak percaya hati awak dah berubah. Mungkin betul awak dah tak ingat apa yang berlaku sebelum nie tapi betul ke awak  tak de rasa apa-apa pada Ryna lagi masa awak bersama dia….apa perasaan awak masa tuh? Awak tak boleh tipu diri awak sendri D..” D  terdiam.
                 “Jujur D. Adakah awak betul-betul dah lupakan Ryna??” Salmah beri  soalan yang menjerut.  D masih lagi membisu. 
                 “Hati awak tak pernah berubah D, saya tahu….. awak pernah cakap kat saya yang awak cinta Ryna sampai setiap kelahiran. Walaupun itu semua adalah mustahil tapi itulah diri awak yang dulu D. Dan sekarang awak kata hati awak dah berubah, kalau betul hati awak dah berubah, awak bukan D yang saya kenal dulu.” D termenung. Fikirannya mulai kusut.
                 “Saya bingung Sal. Kehidupan saya sekarang penuh dengan kebosanan. Setiap kali saya bersama Ryna, saya membenci diri saya bila Ryna ceritakan saat-saat indah manakala saya pulak dah tak ingat semua tuh. Saya betul-betul tension! Saya nak saat-saat tu semula Sal. Kenapa sukar bagi saya mengingatinya!” D berkata lemah. Sal memegang bahu D.
                 “Dulu awak berusaha sedaya upaya untuk dapatkan Ryna, jadi tak salah kalau awak berusaha sedaya upaya untuk dapatkan kenangan-kenangan tu balik.” Kata Salmah memberi kata semangat. “Dahlah, kuatkan semangat. Ryna tentu sedih kalu tengok awak camnie. Eh……awak tak pergi hantar Ryna ke airport ke? Bukan ke Ryna akan ikut papanya transfer ke UK. Dengar khabar katanya Ryna mungkin akan sambung pelajaran kat sana dan takkan balik lagi.  Rasanya flight dia pukul 10.00 malam nie kan. Sekarang dah pukul 9.30.”
                “UK??” Riak muka D terperanjat.
                “Err…….awak tak tahu ke?” Salmah juga terperanjat. Dia ingatkan D dah tahu. D mula teringat………
                 “D……….malam nie I akan…….,” D teringat akan kata-kata Ryna tadi. Lantas D terus berkejar ke airport.
                 Di airport, mata D melilau-lilau sekitarnya. Kelibat Ryna langsung tak kelihatan dek dilindungi oleh orang ramai. Flight pukul 10 menunjukkan 5 minit lagi akan berlepas. D memandang sekelilingnya, pantas matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang beratur dibalai berlepas. Ryna! Memang sah Ryna!! D terus berlari ke arahnya.
                 “Ryna!!” Panggil D. Ryna yang sedang asyik termenung terdengar ada orang memanggilnya. Ryna berpaling. Sepantas kilat D memeluk Ryna. Ryna terkejut dan kaku dengan perbuatan D itu.
                  “D??”
                  “Kenapa tak cakap you nak pergi?” Tanya D. Ryna tersentak. Ryna menghuraikan pelukan.
                 “You nie……….. kan I dah cakap I nak pergi, tapi you je yang tak dengar.”
                  “Tapi kenapa you nak pergi?”
                  “I pergi ikut papa I outstation lah sambil tuh sambung belajar sekali. Bukan pergi manapun.”
                      “Tapi kenapa sampai ke UK.”
                      “I dapat tawaran belajar kat sana, kebetulan plak papa I pun outstation kat sana jugak. Jadi I setuju lah. Hei……..you ni kenapa …..takkan tak suka I pergi UK. Gembiralah skit, I akan ke UK tau!” Ryna mengukir senyuman. Kedengaran waktu penerbangan diumumkan. 
                     “Klah D , I kena pergi sekarang. Jaga diri you baik-baik. Sal, seorang perempuan yang baik, you jagalah dia baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Ok……bye….jumpa lagi!” Ryna melangkah ke balai berlepas.
                     “Nanti………..jangan pergi Ryna!” kaki Ryna terhenti.
                     “Walaupun I dah lupa semua yang berlaku di antara kita berdua tapi cinta I terhadap you tak pernah berubah. I cuba untuk lupakan you, tapi tetap tak boleh. I menerima Salmah sebab I tak sanggup berdepan dengan you kerana I langsung tak de memori tentang kenangan kita berdua lagi. I benci dengan diri I sendiri Ryna. Tapi pada masa yang sama cinta I pada you semakin sukar nak dilupakan. Tapi sekarang I akan berusaha mengingati balik semua kenangan tu, tapi tolonglah Ryna, please be in my side…..i need you!!” Ryna menghampiri D.
                    “Bodoh! Kenapa panjang sangat ucapan you. I memang sentiasa akan berada disisi you selagi you mahu I berada di samping you.” D pantas tersenyum lalu memeluk Ryna.
                    “I love you……Ryna. I janji akan cuba ingat balik semua kenangan-kenangan kita bersama.”
                    “Tak payahlah you susah-susah lagi nak ingat semua itu D. Mulai sekarang, kita akan bina kenangan baru bersama!!” D dan Ryna saling tersenyum. Dengan ini, moga awan-awan akan sentiasa cerah seperti mana cinta kami berdua yang berkekalan sehingga tiada lagi kehadiran pihak ketiga.  


                            THE END.... 
written by aini rose a.k.a kaytie  20/02/11 @ 1am