BAB 2
Kring….kring…..
Waktu sekolah sudah pun tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas. Kelihatan seseorang berdiri betul-betul di depan kelas 5 anggerik dengan sekuntum bunga Ros. Pelajar-pelajar disitu kelihatan berbisik sesama mereka.
“Eh….tengok tuh, tak habis-habis lagi dia nie,” kata mereka. Ryna dan Zee berjalan keluar tetapi berhenti seketika setelah melihat D. D menghampiri Ryna.
“Happy Valentine, Ryna!!” ucap D lalu menghulurkan bunga Ros tersebut. Ryna tergamam. Semua pelajar saling tersenyum dengan adegan yang romantic itu. Ryna keharuan. Bunga ros tadi dicapainya lalu dipijak kasi lumat. Ryna terus pergi dari situ. D tidak terkata dengan perbuatan Ryna itu. Begitu juga dengan Zee. Zee mengekori Ryna dari belakang.
“Ryna! Kenapa kau buat camtu?”
“Buat apa? Dah memang padan dengan muka dia. Sapa suruh dia buat malu muka aku. Semua orang dah macam gelakkan aku tahu tak. Aku benci dia Zee!!” beritahu Ryna.
D akhirnya muncul di antara mereka berdua.
“Ryna aku harap kau orang berdua dapat berbincang dengan baik,” Zee menepuk bahu Ryna dah pergi. Ryna memandang ke arah lain.
“Ryna…..i mintak maaf pasal tadi. Kalau I buat silap. I mintak maaf!!”
“D…. you nie tak habis-habis nak malukan i. You tahu tak perbuatan you selama nie buat hidup I tak tenang tau tak. Mana-mana I pergi mesti ada muka you. Tak boleh ke you lepaskan I untuk sekejap saja.”
“Tapi I sukakan you Ryna.”
“Aaaa……tak boleh ke you sukakan orang lain!”
“I cuma suka you seorang, Ryna.”
“Sudah….cukup! apa yang you nak sebenarnya dari I?”
“I nak you!!”
“Aaaa……you dah gila!” Ryna berjalan meninggalkan D.
“Ryna-Ryna dengarlah……..,”
“I tak nak dengar……tak nak dengar,” Ryna berlari sambil menutup kedua-dua belah telinganya.
“Ryna…….!” Kejar D.
“Sudah! Cukup…….I tak nak dengar apa-apa lagi.” Ryna berlari sehingga ke bangunan atas. Di bumbung bangunan, tak de tempat lagi nak lari! Alamak macamana nie. Jerit hatiku.
“Ryna….tolonglah terima I,”sambung D.
“Jangan datang dekat kalu tak I terjun.”
“Ryna…….janganlah macam nie.”
“I dah cakap, jangan datang dekat!!” Ryna semakin lama semakin mengundur ke belakang. Bangunan betul-betul tinggi apabila ditengok dari atas.
“Ryna……..,”D pula semakin menghampiri ryna.
“D…..jangan datang dekat I cakap.” Kaki Ryna sudah betul-betul berada di pinggir bangunan.
“Ryna, hati-hati…….”
“Kalau you datang dekat, I terjun dan you takkan jumpa I sampai bila-bila…”ugut Ryna. Jangan harap aku akan terjun kerana kau! Getus hatiku.
“Ryna…….jangan!! Ok….ok…..i tak datang dekat you,”D akhirnya akur. Ryna tersenyum sinis. Perangkap mengena. Tahu pun takut!
“Hulurkan tangan you Ryna I sambut,”ujar D.
“Tak payah I boleh turun sendiri,” tiba-tiba…….kaki Ryna tergelincir. Nyaris-nyaris Ryna terjatuh tapi sempat ditarik oleh D. Tapi malangnya, D hanya menolak Ryna ke tepi dan D telah terjatuh. D sempat bergantung pada tepi bangunan.
“D!!” jerit Ryna. Ryna pantas bangun menarik tangan D.
“D, capai tangan I cepat!!” suasana begitu cemas, D cuba sedaya upaya untuk mencapai tangan Ryna tapi terlepas.
“D…….!!” pekik Ryna sekuat hati. Air mata Ryna mula meleleh keluar bagaikan air terjun.
bersambung……



