14 February, 2011

Tunggu Aku!!

BAB 4

Kring! Kring! Telefon Ryna berbunyi.
                “Hello…..ye….saya……  Apa!! baiklah saya pergi sekarang,”telefon ditutup.
                “Kenapa Ryna?”Tanya Zee.
                “D……Zee……D…….D dah sedar,”ucap Ryna tersekat-sekat bercampur dengan air mata sedih dah gembira. 

                D membuka matanya. Syiling putih menerjah pandangannya. Matanya terkelip-kelip cuba meneliti syiling tersebut supaya pandangannya jelas dan tidak kabur. Namun matanya tetap merasa berat lalu dia memejamkan matanya rapat-rapat.
                “D…..!” satu suara menjerit diikuti bunyi pintu terhempas kuat. D hanya mampu memandang Ryna yang masih lagi beku memandangnya dengan muka yang separuh suka dan separuh terkejut tetapi tidak pula berkata apa-apa. Ryna mendekati D yang asyik meneliti wajahnya.
                “You dah sedar……. Baguslah…..”Ryna mengesat air matanya yang spontan mengalir dipipi.
                “Maaflah…..sebab I,  you jadi macam nie, I betul-betul mintak maaf…..I janji lain kali kalau you nak I jadi isteri sekalipun I sanggup.” Ryna tunduk. Biar betul…..jadi isteri?? Sekolah pun tak lulus lagi! Kalau ayah aku tahu maunya aku jadik roti canai kena tibai. Arghh….. tapi takkanlah la D nak suruh aku jadi isteri. Jadi girlfriend dia dulu kot. Ah…..lantaklah.
                “Kenapa you diam ni?? You marah kat I ke? I tahu perkara jadi camni baru saya nak menyesal, jahat betul saya ni, tapi tolonglah maafkan saya sebab saya betul-betul tak sengaja. “
                “Awak ni…….siapa?” D mencelah tiba-tiba. Ish……habis hilang ayat aku.
                “Ha! Saya? Saya adalah orang yang awak sukalah……yang awak cinta tu dan nak suruh jadi teman special awak…..yang…….”
                “Awak?”
                “ What you mean by ‘awak’. Awak ingat saya tak sesuai jadi kekasih awak ke!!“
                “Saya tak ingat……apa dah terjadi sebenarnya…..”D tiba-tiba memegang kepalanya.
                “Kenapa kepala saya rasa sakit sangat!” D bangun sambil kedua-dua belah tangannya memegang kepalanya.
                “Err…..D! Are you okey? Awak…. Sakit ke? Hm……nak saya panggilkan doctor ke nie?” Bodoh! Panggil la doctor! Apa la bengap sangat aku ni…
“Doctor cepat! Kawan saya dah jadi lain macam, nama dia, nama saya, nama alamat rumah dia, no handphone sendiri pun tak ingat! Selalukan dalam tv kalau orang sakit kat bahagian-bahagian kepala nie, dia akan jadi tak ingat sapa-sapa dan……..”
“Tak pe cik……biar pihak kami uruskan, nurse tolong jaga cik ni ye!” Doctor yang tengah berjalan sejak tadi mula masuk ke dalam bilik dimana D ditempatkan.
                “Tapi doctor…….”
                “Cik! Kerusi menunggu kat sana, doctor akan buat pemeriksaan ke atas kawan cik tu ye.”
                “Kenapa pulak saya tak boleh masuk?”
                “Mungkin doctor tak nak cik ganggu pemeriksaan ni, tapi cik jangan risau…..” Huf! Penyapu sampah…….menyampah betulla….D? apa dah jadi agaknya kat dia, aduh……berat plaklah dosa aku kalau sakit D semakin parah. Semua salah aku. Tapi sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Ha tulah! Padan muka aku….. 
                 BERSAMBUNG....

kErNa aKu CiNta

         Lihat aku disini... 
Terlukai hati dan perasaan ini 
Tapi entah mengapa 
Aku bisa memberikan maaf padamu 

Mungkin  kerana.... cinta 
Kepadamu tulus dari dasar hatiku 
Mungkin kerana.... aku 
Berharap kau dapat mengerti cintaku 

Lihat aku disini...
Bertahan walau kau selalu menyakiti 
             Hingga air mataku 
      Tak dapat menetes habis terurai 


Meski kau terus sakiti aku 
Cinta ini Akan selalu memaafkan 
Dan aku.. percaya nanti engkau 
Mengerti bila cintaku takkan mati... 








by Aini a.k.a Rose @ Kaytie