15 February, 2011

Tunggu Aku!!

                BAB 5

                D membelek satu persatu gambar di dalam album yang dibawa olehku tadi. Sengaja aku bawak mana tau kot-kot dia bleh ingat skit-skit...  
                “Bukanlah! Ni Siti Fatimah Wan Jusoh, anak perempuan tuan pengetua sekolah kita! Tak ingat ke?" Ada ke cakap girlfriend dia! Ngomelku dalam hati. Ryna memuncungkan mulutnya macam mulut itik. Geramnya…    Tak pe! Sabar Ryna, sabar… Ryna tersenyum semula.
                D memerhati sekeliling biliknya. Banyak bunga ros di merata-rata tempat memenuhi ruang biliknya.
                “Kenapa ada banyak sangat bunga ros kat sini?” Hati Ryna kembali berbunga. Akhirnya perasan jugak dia! Ingatkan dah tak nak tanya sape yang bagi. Ryna dengan bangganya menjawab.
                “Kenapa? Awak suka?  Ada 100 kuntum semuanya,” Ryna tersengih sehingga menampakkan kesemua gigi.
                “Yang pemberi bunga nie pun satu, tak tahu ke nie bilik pesakit ngan taman bunga. Kalaulah doktor masuk sekalipun, keluar balik ingatkan salah bilik. Tuh! Bunga ros dah layu dah pun….wat pe simpan lagi buang-buang jelah. Menyemak je dalam bilik nie…..!!” Terasa gilerr Ryna. Susah payah Ryna habiskan duit saku, rela ikat perut semata-mata nak beli sekuntum bunga ros setiap hari. Dan sekarang hasilnya dibuang begitu saja!
                “Baiklah kat mana kita tadi……”Ujar D  sambung tengok gambar  semula. Tak mengapalah. Rasa kecewa tadi ditepis sejauh mungkin. Ryna kembali bersemangat. Don’t give up!!
                “Yang ni, ingat tak siapa?” Ryna menunjukkan kembali gambar yang diambil ketika mereka di tingkatan 3 sewaktu kelasnya membuat jamuan Hari Guru tahun lepas. Semua rakan sekelasnya ada dalam gambar tersebut. Gambar dia pun ada malah gambar dia paling comel dan cantik sekali. Cewah!! Sempat lagi puji diri sendiri.
                “Yang ni! Ingat tak siapa ni?” Ryna menekan sekali lagi apabila melihat D terkial-kial cuba mengenal pasti identiti gadis berambut kerinting di dalam gambar.
                “Hm…….kawan kita?”
                “Ha……yeala kawan kita! Tapi nama dia siapa?”
                “Err……saya tak ingat!” Ryna menepuk dahi, matanya dicerlang ke atas.
                “Berapa kali saya nak ulang!! Ni kan Salmah, penolong ketua pengawas! Awak tu ketua pengawas sekolah, dia kan penolong awak, mengadap muka dia 24 jam takkan tak cam lagi muka dia ni…… “ Ryna mengetuk-ngetuk dahinya ke meja kardiak hospital.
                D mengambil gambar tersebut dari tangan Ryna sambil menelitinya secara terperinci. Ntah kenapa tiba-tiba dia tersenyum. Berkerut dahi Ryna memerhatikan telatah D itu.
                “Apasal?” Tanya Ryna turut menjengul mukanya ke arah gambar tersebut yang sudah hampir konyok ditangan mereka berdua.
                “Ni awak!” ujar D tersenyum.
                “Ha…..yea la! Nilah saya! Perasan jugak awak yea.” Hehe…. hidung ku sedikit kembang. Cam jugak dia gambar aku yea.
                “Kenapa saya dalam gambar ni asyik tengok awak aje….” D tersengih.
                “Hah….. Tengok!” Ryna menyambar gambar tersebut.
                “Mana saya tahu, err…..sukar dijelaskan tapi biarlah saya jelaskan…. Macam ni sebenarnya……..,” Ryna berdehem.
                “……….oleh kerana saya terlalu comel dan merupakan gadis paling famous dalam kelas dan juga seluruh sekolah ni, jadi awak menyukai saya dan mencintai saya tapi saya tak cinta awak dan tak suka pun awak! Sebab…….. sebab……”Ryna menghentikan bicaranya apabila D tak terkelip memandangku.
                “Apasal pandang macam tu?”
                “Saya dengar awak bercakap.”ujar D menayangkan muka seposennya. Dan, wajahnya sungguh kacak bila aku pandang secara dekat. Live pulak tu. Kacak jugak. Macam mana aku boleh tak perasan ye…..hm, matanya yang coklat, bibirnya bagai delima merekah, kulitnya yang tak beberapa nak gelap dan  rambutnya hitam ikal…….erk……sedang memandang aku! Arghh…..control!! control!!
                “Ehem....Oleh itu awak frust sebab saya tak layan awak. Itulah kisahnya…..”Ryna mengakhiri dengan yakinnya.
                “Bermakna saya ni…..sukakan awak?” Tanya D macam orang bodoh.
                “Iyea…”angguk Ryna.
                “Jadi…..sekarang saya pun… menyukai awak?” Ryna tercengang.
                “Ntah, iya kot.” Ryna menggaru kepalanya. Ryna mengerling. Bila dia memandang D, kelihatan D sendiri pun bingung. Saat berpandangan, kedua-duanya tersenyum sendirian dan akhir sekali ketawa ntah apa-apa. Yang paling penting kedua insan tersebut berbeza dari waktu dahulu…… 
                BERSAMBUNG......